Perayaan ini disambut oleh masyarakat sikh. Perayaan ini dinamakan vaisakhi kerana masyarakat ini percaya bahawa vaisakhi ini dikatakan diasaskan oleh Guru Amar Das pada tahun 1567. Pada hari ini semua penganut sikh akan berkumpul untuk mendapat restu daripada guru-guru mereka.
Hari vaisakhi ini disambut pada 13 April setiap tahun kerana ia dianggap sebagai hari lahir bagi undang-undang Khalsa ( suci) yang diamalkan oleh masyarakat ini. Pada hari ini juga mereka akan melawat Gudwara (kuil) dan mengadakan perarakan yang sangat meriah. Bendera suci 'Nishan Sahib' di Gudwara juga akan diganti dengan yang baru pada hari ini.
Pada hari ini semua penganut akan ke kuil untuk bersembahyang. Ada sesetengah akan ke ruang makan di kuil tersebut yang dipanggil 'langgar' untuk menghidangkan makanan kepada orang lain. Mereka mempercayai bahawa akan dirahmati Tuhan jika bertugas di dalam kuil pada hari tersebut kerana kuil merupakan rumah bagi Tuhan mereka. Sambutan bermula apabila penganut yang membawa bunga dan persembahan pergi ke kuil sebelum subuh.
Upacara nyanyian dan tarian menjadi simbol penyatuan masyarakat sikh sehingga hari ini. Perarakan sekitar bandar juga menjadi satu kebiasaan kepada mereka kerana mereka percaya ini merupakan satu aktiviti bagi menunjukkan aktiviti kelahiran khalsa.
No comments:
Post a Comment