Merupakan satu lagi perayaan bagi umat Islam yang disambut pada 10 haribulan Zulhijjah, iaitu 2 bulan selepas Syawal. Perayaan ini juga dikenali sebagai hari raya haji atau hari raya korban.
Nama hari raya haji diambil sempena dengan ibadah haji yang dilakukan semasa bulan Zulkaedah dan Zulhijjah. Di tanah suci mekah, kedatangan aidiladha menandakan sempurnanya ibadah haji. Hari raya korban pula diambil sempena dengan peristiwa ibadah korban yang dilakukan oleh nabi Ibrahim terhadap anaknya nabi Ismail. Walaupun baginda berat untuk menyembelih anaknya tetapi demi taat dan patuh kepada perintah Allah, baginda tetap melaksanakannya. Inilah yang menjadi ikutan umat Islam pada masa kini.
Setiap kali tibanya perayaan ini, umat Islam akan menunaikan solat sunat aidiladha pada pagi hari seperti hari raya aidilfitri. Setelah selesai solat mereka akan melaksanakan ibadah korban. Disini lembu, kambing dan kerbau akan disembelih sebagai lambang tulus dan ikhlasnya hamba kepada Allah. Selepas binatang ternakan itu disembelih, daging akan dibahagi-bahagikan. Satu pertiga diberi kepada tuan punya, dan selebihnya diberi kepada fakir miskin, jiran-jiran dan semua orang Islam. Hikmah dari cara ini adalah ia mengeratkan silaturrahim dan membantu orang-orang yang kurang berkemampuan.
Aidiladha juga disambut dengan tradisi kunjung mengunjung dan rumah terbuka. Aidiladha juga adalah lambang keabdian hamba kepada Allah, dimana kita harus bersyukur atas nikmatNya dengan menyedekahkan sebahagian harta kepada mereka yang kurang bernasib baik.
Juadah pada hari raya ini pula tiada jauh bezanya dengan aidilfitri. Ketupat, lemang, kuih-muih, rendang dan serunding turut dihidangkan sebagai santapan tambahan kepada sanak saudara dan jiran tetangga yang berkunjung ke rumah.
lembu adalah antara haiwan yang selalunya dijadikan korban
antara juadah yang dihidangkan semasa hari perayaan ini
No comments:
Post a Comment